Isnin, 27 September 2010

DEY ! ( Tun )

Aku sungguh bosan hari ni. Takde keje langsung nak buat. Tadi ada la rasa nak buang air besar. Tak jadi.....

Lepas tu ada pulak terasa nak makan maggi.
Tak jadi.....

Selepas lepas tu, ada pulak rasa nak melabuhkan punggung (bahasa kasar : bontot) dan kepala kat katil sambil bermimpi Nora Danish.
Tak jadi jugak.....

Jadi, aku mengambil inisiatif untuk bertapa 3 hari 2 malam untuk belajar cara membuat roti canai terbaik di Malaysia.
Tak jadi lagi.....

Akhirnya aku melabuhkan punggung (sekali lagi, bahasa kasar : bontot) kat kerusi pc aku sambil melayari benda paling aku obses dalam dunia. Tak, bukan pornografi. Tapi Facebook. Ye, aku obses dengan Facebook. Agak-agak kalau buat pertandingan siapa online paling lama kat Facebook, aku boleh bet 3 balang tart nenas yang aku akan menjuarai pertandingan itu dengan senang.

Cakap pasal Facebook, aku pernah berborak dengan member aku. Nama dia Ibab.Kalau terbalikkan jadi Babi. Dia single man. Dia ni muka ok la. Maksud aku, OK LA. TAKDE LA HENSEM SANGAT. KALAU LAWAN HENSEM DENGAN AKU, DIA KALAH. Beliau desperate. Desperate mahu bercintan. Maksud aku, bercinta.

Ibab ni manusia yang pelik. Kalau cakap dengan aweks, mesti dia terlepas cakap benda yang tak sepatutnya. Contoh peristiwa tahun lepas.

Aweks : Hey ibab, you boleh tolong I tak ?

Ibab: Aku suka t***k kau. Besar dan bulat.

PAP


*pap tu bunyi penampar bagi sesape yang tidak tahu

Cis, teruk betul perangai.

Semalam, aku melepak dengan dia. Walaupun sepatutnya ada ramai member join, tapi semua perangai asal text ajak lepak semua buat alasan.


" Tak dapat ah malam ni, letih driving "


" Letih main paintball ah siang tadi "


" Letih dating ah siang tadi. "


Cis.


Jadi, sedang aku berborak dengan Ibab, dia bukak cerita pasal aweks.

Ibab : Weh Tun, aku ada jumpa seekor aweks ni

Betapa kurang hajar beliau menggelar wanita 'seekor' ? Tak belajar BM sungguh dia ni.

Aku : Oh, ye ke.

Aku seperti biasa mengekalkan kecool-an aku.

Ibab : Serious weh, kali ni aweks ni betul-betul suka kat aku. Awek-awek lain semua penampar aku, tapi dia betul-betul suka kat aku walaupun aku cakap kurang hajar

Aku : Baguslah kalau begitu. Kamu jumpa dia di mana Ibab ?


Aku masih cool lagi waktu ni. Tambah lagi BM aku yang skema.


Ibab : Facebook


Ada gak rasa nak gelak, tapi jahat sangat. Rasa nak penampar sekali pun ada.


Aku : Hoi bodoh, hang serious ke ? Gila ka, awek jumpa kat facebook terus nak serbu.


Sampai tahap ni, aku hilang cool.


Ibab : Ala, kalau aku jumpa dia satu hari nanti, confirm minat.


Aku : Cis, tak mungkin. Dahla kat Facebook letak gambar tin biskut.


Puas gak aku kutuk dia malam semalam. Tak nak tunjuk kat sini, hilang kelelakian.


Dia cerita dengan penuh serious. Mula-mula aku perlekehkan dia, tapi lama-lama dia dah start menangis teresak-esak sebab aku perlekehkan dia, baru aku sedar.


Wow, awek tak pernah jumpa pun jadi eh ?


Tergerak hati aku, cinta si Ibab ni sejati ke tak. Kalau kita tengok cinta budak-budak, walaupun orang tua panggil 'cinta monyet' tapi mereka bercinta penuh ikhlas. Contoh, kalau Dahlan yang baru darjah 2 dah minat sangat kat Hamidah yang juga darjah 2, memang Dahlan tak pandang tempat lain.


Kalau dah besar, camni jadinya


" Weh, awek baru lalu tadi lawa kan "


" Kau bukan dah ada awek ke ? " 

" Ala bukan salah, usya je "



" Habis kalau awek ko dapat tau "


" Awek ada banyak, kalau tak dapat satu, ambik lain. small matter "


Aku rasa nak jadi budak-budak semula.

Isnin, 6 September 2010

Aku Sedih Bukan Sebab Raya ( Tun )

Pejam celik, pejam celik, belum raya lagi. Ok cuba pejam lagi sekali.

Pemejaman mata tiada kaitan dengan tajuk di atas. Ye, aku memang sedih, tapi bukan raya.

Kenapa sedih ? Kenapa bukan raya ? Dan kenapa raya sedih ? Aku pun tak tau kenapa. Kalau takat orang kat Malaysia ni, asal  Raya je sedih, asal Raya je nangis. Pastu pasang lagu sedih2

"Di Hari Rayaa wuu wuuu, terkenang daku wuuu wuuu kepada si wuuu wuu dia"

*nota : wuu wuu tu bunyi nangis.

Tapi hati aku sekarang tengah menangis lagu lain. Aku tak main ah lagu raya sedih2 wei ! Tak fancy ahh ! Ok mungkin hati aku tak menangis, mungkin hanya remuk, pecah, jatuh. Lantak hang nak translate. Nak tau lagu ape ? Lagunya bertajuk Mr. Bojangles. Nyanyian pakcik sedara aku Robbie Williams. Bukan Robin Williams yang berlakon 'Old Dogs' tu. Robbie Williams yang ni.


Hi pakcik...kenapa tak kasi tiket gi konsert pakcik ?


Kalau nak tau, itu konsert dia masa Raya tahun lepas. Nama konsert dia 'Riang Ria Raya Bersama Robbie Williams'. Pakcik aku ni memang penyanyi yang hebat. Dan aku, disebabkan mempunyai pertalian darah yang amat rapat, PUN ADE bakat menyanyi ni. Bukan belagak, tapi memang kenyataan (kadang-kadang, aku naik menyampah dengan diri aku sendiri)

Berbalik kepada cerita aku sedih...

Seperti para hadirin-hadirin, muslimin dan muslimat, anak-anak, cucu-cucu dan murid-murid yang dicintai tahu, aku memang stalker first class. Cakap je, ko nak mintak nombor tepon awek tu ? Bagi aku sehari, dijamin tak dapat. 2 hari boleh kot.... tu pun mungkin nombor rumah je....

Seperti biasa, aku bila bosan, akan mula men-stalk-ing orang2 lain. Tak kisah la dalam facebook ke, dalam tandas ke, mahupun tandas awam di Jusco. Tapi dalam kes ni, stalking di facebook ye. Dekat 2 jam ah aku stalk budak ni, memang best. Pelbagai ragam manusia berada di wallnya. Daripada yang menggelikan, ke yang lawak macam nak pecah usus, ade juga yang tak paham langsung. Dan of course, yang menyedihkan lagi sayu lagi lara lagi hiba.

Yang sedih tu, sebenarnya, aku ada penchant kat sorang budak ni. Tapi bila aku stalk wall dia semalam, ade seorang jejaka ni mengomen di statusnya, pastu girl ni mula membalas komen jejaka itu. Mula2, aku baca lawak, tiba-tiba aku dapat tahu dia...dia....dia.... AHHH SEEDIHHH LA WEEEEEI.

Takpe, aku tunjuk dia punya komen je

Jejaka : hahahaha, habistu buat ape nak beli lagi kalau dah ade..haha

Girl : Ehh, biarlaaah, aku suka nak beli banyak-banyak, baru seronok. hehe x)

NAMPAK TAK ! NAMPAK TAK ! TENGOK TU ! TENGOK BENDA YANG PELIK ADA KAT GIRL PUNYA KOMEN.

'x)'

Setahu aku, kalau mata orang dah macam huruf X. Tandanya dia DAH MATI ! Whadde??? Dia dah mati !?!!?!

Oh man, sedih gila, aku belum sempat luahkan cinta aku dia dah mati dah ? Weeei pulang la balik weiii. Weeeeiii jangan tinggalkan aku weiiii. Aku tak sempat kasi hadiah birthday ko lagi ni, ok bukan tak sempat, aku sekadar cakap je nak bagi....Tapi weiiiii balik ah weeeeeiiii.
wuu wuuu ;_;


Muka aku masa dapat tau dia dah mati semalam......


Begitulah kisah sedih aku. Kan aku cakap takde kaitan dengan raya...oh raya, tahun ni aku tak dapat raya bersamamu wahai cowok idamanku. Gaaaaaaaahh hiba gila.


Sabtu, 4 September 2010

Aku anti-black metal (AK 47)

Sudah lama aku meminati lagu-lagu heavy metal seperti SlipKnot dan System of a Down. Dengan lagu besi berat seperti apa yang Tun jelaskan, pendengar dapat merasai keenakan menghayun kepala dan juga menikmati suara mereka yg macam kerbau disula. Bila aku dengar je SlipKnot tu mmg automatik kepala hayun mcm kena rasuk. Kalau dh masuk tandas tu, mmg menjerit aku kuat2 sampai terbatuk dan terkentut. Bunyi guitar lagu heavy metal mmg merdu dan membuatkan pendengar membuka Youtube dan search "(band-song) Bass/Guitar cover."

Aku start dengar Heavy Metal masa form 1. Bila naik je form 2, kawan aku Lee ceritakan aku pasal satu lagi besi , iaitu besi hitam/gelap. Terkejut beghuk aku kt Lee tu.

"WasDeHell men! Ada metal lg selain heavy metal. Apa plak Black Metal tu? Aku nk try dgr"

"Apala ko Krayon. Black Metal pon xtau. Ok aku kasi satu lagu Black Metal ,Cradle of filth - Her Ghost in the fog"

"Ok thanks you Lee."


Sepanjang perjalanan hendak ke rumah, aku terfikir-fikirkan apa benda tu Black Metal. Dengan cukup confident aku terbayangkan Black Metal seperti ini


"Mesti seronok lagu Black Metal ni" kata hati aku. Sampai je rumah, mandi dulu. Pastu langkah 10 kaki ke Al-kombiuter(bahasa inggeris PC) . Pastu search kt Youtube lagu yg Lee kasi td.

-2 minit kemudian-


WasDeHell! X sama pon mcm aku bayangkan. Heavy metal lg best. Black Metal ni apa kejadah dia sebut. Suara mcm desperate nk terberak tp xde lubang bontot. Memalukan kaum mamlia je. Dahlah xpaham apa dia sebut. Kalau mcm System of a Down tu aku boleh paham la mcm lagu Chop Suey dia " HICK UP! GRANDMA SHOULD PUT A LITTLE MAKE UP! KAMBING MAKAN SAYUR ATAS ATAP! YOU WANT IT TOO! EAT AND EAT AND NEVER GIVE UP! YOU WANT IT TOO!" Namapak x? boleh paham en? Ini Black Metal jerit xntah apa2 pastu jeling lidah tiba2. Pstu kalau dh rambut panjang mmg libas mcm buat roti canai.  Bila buat video musik mesti pakai celak. Bajet emo je. Sbb itulah aku anti-black metal.

P.S Lagu2 metal ni sbnrnya x elok pon. Amalkan Al-quran selebih-lebihnya dan berusaha memahami maksudnya supaya Al-Quran tidak mendoakan kelaknatan Allah terhadap kita.(ceh, bajet alim. xpe, dapat menyampaikan ilmu sedikit)

Aku Seorang Heavy Metal ( Tun )

Tajuk di atas menerangkan segalanya. Aku memang suka lagu Heavy Metal. Boleh goyang kepala, boleh goyangkan badan, boleh goyangkan tangan. Bila pikir balik, agak sama lagu M Dod Kilau dengan Heavy Metal ni.

Ini lagi satu ayat bahasa inggeris aku tak paham. Besi berat. Kejadah apa ? Aku ingatkan kalau kita angkat besi berat, boleh nyanyi lagi Heavy Metal. Jadi aku berusaha bersungguh-sungguh mengangkat segala benda besi yang ada dalam rumah aku. Cth : Meja besi, kerusi besi, gigi besi dan tak lain tak bukan, sudu dan garfu besi. Tapi sampai sekarang suara aku tak macam Robert Plant daripada Led Zeppelin. Tapi sebenarnya, Heavy Metal ni mengacau love life aku....

Love life kalau translate bahasa melayu ialah 'cinta hidup'. Ye aku memang cinta hidup aku. Tapi bukan pasal tu, sepatutnya pasal aku punya hubungan dengan BUKAN kaum sejenis. Disebabkan aku cakap BUKAN kaum sejenis, maka korang paham-paham lah, bahawasanya kaum yang aku sebutkan tadi ialah kaum wanita.

Wanita/Perempuan/Girl/Anak Dara ni memang pelik. Aku banyak kali memikat diorang. Tak pernah nak layan. Setiap kali aku cakap, secara tiba-tiba aku kena tampar. Tak kena tampar, kena ludah dan segala benda-benda keji yang korang boleh pikirkan... Aku pun pelik, kenapa diorang tak nak layan aku ? Nak kata  kulit gelap, ramai lagi member aku yang kulit lebih gelap, nak kata tak hensem, ade lagi kehensem-an. Rupanya setelah beribu aweks aku cuba memikat baru aku tau sebabnya.

Dialog ini berlaku di padang awam sebelum bulan puasa di antara aku dan ade sorang pompuan ni. Kita panggil pompuan ni, Timah.

Aku : Hye... asal sorang2 kat sini you ?

Aku memulakan perbincangan dengan ayat paling rempit.

Timah : Hai awak, tengah tunggu si Kamsah tu haa.


Aku : Owhh ... bukan tunggu boyfwen la nie ?


Timah : Hishh awak ni, I manede boyfriend, still single lah


Aku : Owhh...

Masa ni aku dah gila eksaited, aku dapat rasakan cinta Si Timah ni kepada aku, aku rasa dah boleh 'ngap' je Timah ni

Aku : Soo, you ngan Kamsah nak gi manewr ?

Aku pun mula menyusun ayat paling romantik seorang rempit boleh buat walhal aku bukanlah seorang rempit. Motor pun tarak...

Timah : I nak gi Mid Valley dengan Kamsah, kitorang nak tengok cerita Avatar botak tu.


Aku : Avatar botak ? harhar... lawak la you nie. Sure ke tade boyfwen, you terlampau lawa untuk single larr...


Timah : Eh Tun, jangan la cakap camtu, malu I (sambil muka blushing)


Aku : Eh takdewr, u memang lawa larr. I sebenarnya dah lama minat kat you tau.. cuma I ingat orang selawa you nie dah adewr berpunye....


Timah : Awww so sweet la you ni. Cuba cakap, muka I lawa macam ape


Aku : Lawa macam guitar Kirk Hammet daripada band Metallica.

PAAP !
Singgah la sebuah/sebiji tapak tangan yang putih ke arah muka aku yang tak kurang putihnya.

Timah : APE NI HAA ?? YOU INGAT I NI GUITAR KE ?!?! TAK ROMANTIK LANGSUNG !!

Dan Timah pun lari dari situ....
Aku masih tak paham ape sebab dia nak penampar aku.Kemudian aku berbincang dengan pengarang blog ni yang lagi satu, Ak-47

"Yang ko bodoh sangat gi cakap dia guitar buat ape, memang la aweks tak nak kat ko, diorang nak pakwe jiwang, bukan pakwe Heavy Metal"

Cheh, dia pun minat Heavy Metal cam aku... tapi boleh pulak aweks minat kat dia.
Begitulah 'love life' aku yang sungguh menyedihkan. Sekarang ni, awek yang aku boleh dapat hanyalah Kisha iaitu jiran aku yang berumur 3 tahun....

P.S Gitar Kirk Hammet tu memang lawa la siot...

Rabu, 1 September 2010

31 Ogos Hari Kemerdekaan ( AK 47)

AK 47 =Awesome Krayon 47.  Tahun ni sambutan merdeka  kurang WOW. Aku depan tv dh set ah dgn sweater nk pakai hood. Igtkan ada persembahan shuffle, rupa2nya tayang askar. Lagu pon mcm hardtrance. Tapi sehari sebelum 31 Ogos ada cite pasal Mokhtar Dahari kt Nat Geo. Punya la syok time tu. Time tu aku baru tau dia tu pemain bola sepak Malaysia yg terhebat. Aku igtkan dia famous dalam ice skating. Eh x itu jawapan soalan PJK kawan aku untuk "Siapakah Nicole Ann David?". Anyways hebat betul SuperMokh tu. Lawan Arsenal menang. Badan sasa mcm Goku. Pak cik aku tgh khusyuk  tgk cite tu. At the masa yang sama adik aku ngan sepupu berangan princess kt luar. Skali diorg buat bising, Pokcu aku pon "Woi! kenapa bising sgt kt luar tu. Hish teruk betulla. Macam 10 org."
 
Tergelak aku sambil main Warcraft. Lawak tu, 10 org padahal 2 org je kt luar. Ayah aku yg tgh main Wii tergelak. Tp yg paling hebat , nenek aku yg tgh makan karipap, X gelak Langsong. Lawak en? en?en en en? en tu sebenarnya perkataan yg paling byk org guna. Xcaya cuba ko dgr kawan ko bercerita. Bila habis ayat mesti ada en. Ok contoh "Semalam aku naik motor dgn geng en kitorg ternampak ayam. Time tu en kitorg nk gi hisap shisha kt belakang kedai tayar en ayam tu muntah kt kasut  Lee . Pastu en Lee marah ayam tu en pastu terus pergi basuh kasut ." ok dhlah, selamat hari merdeka bagi seluruh rakyat Malaysia dan berharap Indonesia dan Malaysia dapat berkawan semula bak kata budak tu kt iklan anmum Kawan + Kapal = Kawan Kapal ataupun bahasa Ghana dia Friendship.